Thursday, 17 February 2022

Cahaya Kesaksian

 26 Tahun/ 75 Tahun In Shaa Allah


Terima kasih untuk semua kisah suka duka

Yang mematangkan hati

Meski perlu airmata dan perasaan sebagai korban

Untuk setiap keputusan sekerdil tubuh!


Tak lambat lagi!

Kalau aku membesar dengan air mata sakit dengan kehidupan

Aku janji

Akan jaga diri aku!

Akan sayang diri aku!

Akan kejar impian aku!

Akan buang semua ilusi aku!

Angan angan palsu!

Perasaan palsu!


Aku akan beli benda yang sebelum ni aku tak boleh beli!

Aku akan pi tempat yang sebelum ni aku tak boleh pi!

Aku akan sayang orang yang berhak aku sayang kerana Allah


Aku akan bahagia!

Aku akan cari orang yang boleh dan sanggup aku bahagiakan!

Orang yang akan jaga aku!

Sayang aku!

Ikhlas hati dia!


Aku manusia!

Bukan tong sampah!

Aku ada hati!

Bukan patung mainan!


Aku akan mati dengan tenang!

Aku akan cari redha Allah!

Aku akan bersama dengan orang yang sayang aku di akhirat sana!


Jadi

Aku akan sayang diri aku!

Aku akan usaha bahagiakan aku!

Aku kuat!

Dan akan kuat!


Allah akan hitung dosa aku!

Dan orang orang yang sakitkan hati aku!

Dan orang orang yang aku sakiti

SeadilNya!


Alhamdulillah

Terima kasih

Aku lepas semua ni moga Allah ikhlaskan hati aku

Moga aku redha!

Aku sedekah barang yang aku sayang kerana Allah Taala!


Allah uji sebab aku boleh hadap!

🌹إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.

No comments:

Post a Comment